Your Ad here ...



Product ...

Services ...

Other things ...

<$BlogDateHeaderDate$>
MAJLIS KASIH RESTU ILMU
Seperti tahun-tahun lalu Majlis Kasih Restu Ilmu adalah program penting bagi semua anak-anak didik tahun peperiksaan. pada setiap tahun sekurang-kurang tiga kali majlis ini diadakan bersama-sama ibubapa dan penjaga. Semasa majlis ini ceramah keibubapaan juga diadakan.
PAMERAN UNIT UBK PADA HARI KEUSAHAWANAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah pada tahun ini mengadakan Pameran Anti Dadah dan Anti Merokok pada Hari Keusahawan Peringkat Sekolah pada 29 Ogos 2008. Pelajar-pelajar PRS menghasilkan dan mencari bahan-bahan serta mengendalikan pameran ini. Eksperimen kesan merokok juga turut diadakan. Selain dari itu pelajar-pelajar dan pengunjung-pengunjung pameran juga diberi peluang membuat ujian personaliti warna. Sasaran pameran ini adalah semua warga SMKA Maahad Hamidiah, ibubapa dan penjaga dan masyarakat luar. Pada hari tersebut juga PRS membuka gerai jualan.
<$BlogDateHeaderDate$>
ALUMNI SMKA MAAHAD BERKONGSI TIP-TIP MEMBINA KECEMERLANGAN DENGAN ADIK-ADIK TINGKATAN 5
Pihak sekolah sekali lagi melahirkan rasa bersyukur kepada Allah di atas perasaan cinta dan kasihkan sekolah, sekali lagi anak-anak Alumni SMKA Maahad Hamidiah kembali ke sekolah untuk menemui semua adik-adik Tingkatan 5 mereka, untuk memberikan tip-tip menjadi pelajar cemerlang dari bangku sekolah sehinggalah di peringkat universiti sama ada bila belajar di luar atau di dalam negara . Program ini telah dilaksanakan di Masjid An Nur pada 15 Ogos 2008. Anak-anak Alumni yang hadir dalam program ini adalah terdiri dari anak pelajar yang telah bekerjaya cemerlang dan anak -anak cemerlang yang sedang belajar luar negara dan dalam negara. Semoga ikatan cinta dan kasihkan sekolah ini akan berterusan.Amin.
<$BlogDateHeaderDate$>
KOMITMEN PIBG UNTUK KECEMERLANGAN PELAJAR
PIBG SMKA memainkan peranan penting dalam membantu mempertingkatkan kecemerlangan sahsiah dan akademik pelajar . Sejak awal tahun pelbagai usaha dan komitmen yang dilakukan untuk terus menigkatkan kecemerlangan pelajar dan program ini dinamakan PROGRAM MENGGILAP KECEMERLANG PELAJAR.
PROGRAM MINGGU ANTI DADAH
Pada 21 -25 Julai 2008 Program Minggu Anti Dadah telah diadakan . Prof Dr Zahidah Hambali
Timbalan Dekan Falkuti Sains kesihatan UKM telah dijemput untuk memberikan ceramah semasa hari pelancaran. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Program 5 Minit Anti Dadah, ikrar pelajar serta pertandingan poster, kiosk, teka silang kata dan kuiz anti dadah.
<$BlogDateHeaderDate$>
JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PENGERUSI
PN HJH FAUZIAH BINTI MOHAMED RAMLI
Pengetua

TIMBALAN PENGERUSI 1
PN MARZILAH BINTI ABDUL MALEK
Guru Penolong Kanan HEM

TIMBALAN PENGERUSI 2
PN ROSZITA BINTI SALEH
Guru Penolong Kanan

TIMBALAN PENGERUSI 3
EN ZAIAZMAN BIN ZAINUDDIN
Guru Penolng Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA 1
PN SAPIAH BINTI HJ YUNOS
GBKSM

SETIAUSAHA 2
TN HJ HARMAN SHAH RANIRI BIN KAMARUZAMAN
GKSM

AJK
Guru Kanan Mata Pelajaran
Guru Penyelaras Tingkatan
Guru Mata Pelajaran