Your Ad here ...



Product ...

Services ...

Other things ...

<$BlogDateHeaderDate$>
ALUMNI SMKA MAAHAD BERKONGSI TIP-TIP MEMBINA KECEMERLANGAN DENGAN ADIK-ADIK TINGKATAN 5
Pihak sekolah sekali lagi melahirkan rasa bersyukur kepada Allah di atas perasaan cinta dan kasihkan sekolah, sekali lagi anak-anak Alumni SMKA Maahad Hamidiah kembali ke sekolah untuk menemui semua adik-adik Tingkatan 5 mereka, untuk memberikan tip-tip menjadi pelajar cemerlang dari bangku sekolah sehinggalah di peringkat universiti sama ada bila belajar di luar atau di dalam negara . Program ini telah dilaksanakan di Masjid An Nur pada 15 Ogos 2008. Anak-anak Alumni yang hadir dalam program ini adalah terdiri dari anak pelajar yang telah bekerjaya cemerlang dan anak -anak cemerlang yang sedang belajar luar negara dan dalam negara. Semoga ikatan cinta dan kasihkan sekolah ini akan berterusan.Amin.
<$BlogDateHeaderDate$>
KOMITMEN PIBG UNTUK KECEMERLANGAN PELAJAR
PIBG SMKA memainkan peranan penting dalam membantu mempertingkatkan kecemerlangan sahsiah dan akademik pelajar . Sejak awal tahun pelbagai usaha dan komitmen yang dilakukan untuk terus menigkatkan kecemerlangan pelajar dan program ini dinamakan PROGRAM MENGGILAP KECEMERLANG PELAJAR.
PROGRAM MINGGU ANTI DADAH
Pada 21 -25 Julai 2008 Program Minggu Anti Dadah telah diadakan . Prof Dr Zahidah Hambali
Timbalan Dekan Falkuti Sains kesihatan UKM telah dijemput untuk memberikan ceramah semasa hari pelancaran. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Program 5 Minit Anti Dadah, ikrar pelajar serta pertandingan poster, kiosk, teka silang kata dan kuiz anti dadah.